1.0
PENGENALAN
1.1
PENDAHULUAN
Aktiviti berkayak
sebenarnya telah dijalankan seawal peradaban manusia secara meluas. Sebagaimana
yang telah kita ketahui bahawa 75% bahagian bumi adalah diseliputi oleh air.
Oleh itu, manusia pada zaman dahulu menggunakan jalan air sebagai jalan
utama mereka kerana pada ketika itu
tiada lagi pengangkutan udara dan perjalanan menerusi perairan jauh lebih cepat
berbanding melalui daratan.
Selain itu,
penempatan manusia dahulu juga berpusat di pinggiran pantai. Oleh itu, mereka
boleh menghasilkan pengangkutan air daripada hasil bumi seperti kayu hutan tropika
dengan cara menebuk atau membakar teras kayu. Kenderaan yang dihasilkan
dikenali sebagai kanu dugout dan di
Malaysia dikenali sebagai perahu, sampan dan kolek.
Manakala di Eropah,
hutan mereka diperkaya dengan kayu-kayu yang lembut dan kulit kayu yang kalis
air. Mereka membina kerangka kanu daripadanya dan dindingnya pula diperbuat
daripada kulit kayu birch. Ia dikenali sebagai Kanu Canadian.
Penghuni di Artik
pula mempunyai sumber kayu yang terhad tetapi mereka memiliki banyak sumber
kulit dan tulang dari ikan paus dan anjing laut. Oleh itu, mereka menghasilkan
kerangka kanu daripada tulang dan disaluti dengan kulit binatang. Ia dinamakan
sebagai Inuit atau Kayak Eskimo.
Ketiga-tiga situasi
ini telah melahirkan pelbagai reka bentuk kanu. Sehingga sekarang, reka bentuk
masih mempunyai ciri-ciri di atas, namun seiring dengan perkembangan teknologi,
terdapat perubahan penggunaan dari segi bahan, saiz dan berat serta bilangan
pendayungnya.
1.2
SEJARAH
PERKEMBANGAN KAYAK DI DUNIA
Aktiviti kanu dan
kayak sebenarnya telah lama berkembang di dunia. Namun, seorang yang bernama
John MacGregor telah menjadi inspirasi kepada manusia yang lain di mana
sebelumnya kayak hanyalah digunakan sebagai pengangkutan air, beliau memberi
nafas baru untuk menggunakannya dengan lebih meluas dari aspek bidang sukan,
kesenggaan dan pendidikan.
Kesan daripada idea
tersebut ke dalam perkembangan kayak ini, beliau digelar Bapa Kayak Moden. Beliau
ialah seorang pelaut British yang berbangsa Scott yang mempunyai banyak
pengalaman mengembara keseluruh pelusuk dunia. Pengalaman utama yang beliau
peroleh adalah tentang bagaimana orang Eskimo mencipta dan mengendalikan kayak
mereka. Berdasarkan pengalaman tersebut, beliau telah mencipta sebuah kayak
moden yang bernama Rob Roy.
Pada tahun 1865
sehingaa 1867, John MacGregor telah menjelajah hampir ke semua sungai-sungai di
Eropah menggunakan kayak hasil ciptaannya itu. Pada tahun 1866, kelab kanu
pertama telah ditubuhkan di Twickenham England. Kelab ini bertanggungjawab
memperkenalkan sukan kanu di seluruh England terutama dalam kalangan pelayar
dan golongan atas British. 7 tahun kemudian, kelab ini dianugerahkan gelaran
Diraja oleh Ratu Victoria kerana telah berjaya melahirkan ramai penggiat
aktivit kayak.
Persatuan Kanu
British telah ditubuhkan pada tahun 1887 dan berperanan untuk memperkenalkan
aktiviti kayak di England dan seluruh dunia. Nama persatuan ini telah diubah
kepada Persekutuan Kanu British (BCU) selepas Perang Dunia Kedua. Ia diilhamkan
oleh Van Clauseen dan menjadikan pertubuhan ini terkenal di seluruh dunia.
Pada 20 Januari
1924, ‘International Representaten Shaft Des Kanusport’ (IRK) telah ditubuhkan
di Copenhagen, Denmark yang dianggotai 19 buah negara. Pada tahun 1927, Pawlata
daripada Austria telah menyaksikan perubahan besar di mana memperkenalkan
teknik gulingan yang dinamakan ‘Eskimo Roll’. Teknik ini dipelajari dari
penduduk Artik untuk membalikkan semula kayak tanpa perlu keluar darinya dan
disitulah bermulanya perkembangan teknik gulingan yang lain.
Pada awal tahun
1924, acara pecut telah diperkenalkan sebagai acara pertunjukan di Sukan
Olimpik ke VII di Paris. Dua belas tahun kemudian, tahun 1936, acara pecut
secara rasmi dipertandingkan di Sukan Olimpik Berlin. Pada tahun 1949 pula,
Kejohanan Slalom Dunia telah dianjurkan di Geneva dan pada awal tahun 60 an
pula memperkenalkan acara menuruni jeram. Selepas itu, suka kayak terus
berkembang dari kanu polo, surfing sehinggalah ke acara ‘rodeo’.
1.3
SEJARAH
PERKEMBANGAN KAYAK DI MALAYSIA
Kegiatan berkayak di
negara kita telah bermula seawal peradaban manusia sebagai pengangkutan dan
perdagangan. Antara kanu yang digunakan adalah sampan kotak, perahu dan kolek.
Kayak moden bermula sekitar tahun 1960 an yang diperkenalkan oleh pelaut
British di Woodlands, Singapura. Ia tidak popular kerana hanya digunakan oleh
anggota tentera dan kakitangan kerajaan sahaja.
Di samping itu,
aktiviti berkayak dipraktikkan di maktab-maktab perguruan yang mengikuti kursus Pendidikan Jasmani.
Mereka pada ketika itu telah membina beberapa unit kayak kanvas dan menjalankan
ekspidisi di seluruh negara. Sekitar tahun 1970 an, Pulau Pinang telah
mempelopori aktivit kayak negara yang bertumpu kepada ekspidisi dan
pertandingan. Antara kejohanan yang dilancarkan adalah Kejohanan Mengelilingi
Pulau Pinang.
Pada tahun 1980 an,
‘Penang Canoe and Recreation Club’ telah ditubuhkan dan ia merupakan kelab kanu
pertama di Malaysia. Namun, Aktivit yang dijalankan hanya tertumpu di Pulau
Pinang sahaja dan tidak di seluruh Malaysia. Kementerian Sukan dan Belia telah
berusaha untuk mengembangkannya lagi melalui Program Malaysia Cergas.
Bantuan kewangan dan peralatan telah
disalurkan ke seluruh negara untuk menjalankan aktivit ekspidisi sebagai
aktiviti utamanya.
Pada tahun 1988,
sejarah negara telah dicatatkan di mana dua orang anak Malaysia telah berjaya
mengelilingi Semenanjung Malaysia buat pertama kalinya menggunakan kayak solo.
Pengembaraan sejauh 1846 km mengambil masa selama 63 hari dan berjaya
mengembangkan lagi aktiviti kayak negara. Cabaran ditingkatkan lagi dengan
ekspidisi merentas lautan antarabangsa seperti Ekspidisi Kayak Nusantara Johor
ke Riau dan Ekspidisi Kayak Antarabangsa Merentas Selat Inggeris.
Acara pertandingan
kanu diperkenalkan pada awal tahun 1980 an di Pulau Pinang. Pada tahun 1990,
Persatuan Kanu Kuala Lumpur telah menganjurkan Regatta Kanu Kebangsaan yang
pertama d Tasik Titiwangsa. Pada tahun 1992, perkembangan kayak telah mencatat
sejarah negara apabila pertandingan kayak dipertandingkan buat pertama kalinya
di Sukan Malaysia ke Empat di Johor Bharu. Acara menuruni jeram dan slalom
diperkenalkan dalam Kejohanan ‘War on Water’ pada tahun 1994 di Jeram Besu.
Manakala acara kanu
polo diperkenalkan pada tahun 1995. Seiring dengan perkembangan aktiviti kayak
sebagai satu disiplin sukan, para atlit kayak negara berjaya mencapai beberapa
kejayaa gemilang di peringkat antarabangsa. Aziz bin Ahmad dan Salehuddin Ayob
masing-masing berjaya memenangi pingat gangsa acara 1000m di Kejohanan Kanu
Asia Jepun dan melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1996 di Atalanta. Skuad Kayak
Suka SEA 1997 ke Jakarta pula berjaya merangkul 3 pingat gangsa melalui
penyertaan pertama di sana.
Aktiviti kayak juga
dijadikan salah satu aktiviti utama di IPT dan maktab perguruan dan dimasukkan
ke dalam kokurikulum. Pada tahun 1999, UPSI menjadi universiti pertama di Asia
memperkenalkan silibus Kayak Arus Deras di dalam kokurikulumnya. Antara
universiti lain yang menjalankannya adalah UiTM, UM dan IIUM.
2.0 PERBEZAAN KAYAK
DAN KANU
2.1
DEFINISI KAYAK
DAN KANU
2.1.1
Definisi Kayak
Sebuah pengangkutan
air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung untuk
menggerakkannya dan di dayung secara duduk belunjur. Contohnya adalah kenderaan
air yang digunakan oleh orang Eskimo.
2.1.2
Definisi Kanu
Sebuah kenderaan air
yang mempunyai geladak terbuka, menggunakan satu bilah mata dayung untuk
menggerakkannya dan didayung secara berlutut. Contohnya adalah sampan yang
digunakan oleh kaum Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh
nenek moyang kita.
2.2
PERBEZAAN KAYAK
DAN KANU
Bil
|
Kayak
|
Kanu
|
1
|
Kayak adalah pecahan daripada keluarga kanu
|
Kanu merangkumi semua pengangkutan atau alatan air sebagai medium
utamanya serta digerakkan dengan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam.
|
2
|
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup.
|
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka.
|
3
|
Kayak dikayuh menggunakan dua bilah mata dayung di sebelah kiri dan
kanan.
|
Kanu dikayuh dengan menggunakan satu bilah mata
dayung.
|
4
|
Untuk menunggang kayak, bilah perlu di dayung dengan duduk secara
berlunjur.
|
Untuk menunggang kanu, bilah perlu di dayung secara
duduk berlutut.
|
5
|
Bilah senang dan cepat untuk dikawal kerana bilah boleh terus di dayung
tanpa dialihkan ke kiri ata ke kanan.
|
Susah dikawal sedikit kerana bilah perlu diaihkan ke kanan atau ke kiri
untuk mendayung.
|
6
|
Bilah pada dayung menggunakan kedua-dua belah tangan yang berada pada
kanan dan kiri kayak pada satu-satu masa.
|
Kanu menggunakan kedua-dua belah tangan untuk mendayung samada di kiri
atau kanan pada satu masa.
|
7
|
Contoh: Kayak polo
|
Contoh: Sampan
|
2.3
KATEGORI KAYAK
2.3.1
Sea Kayak
Sea Kayak atau
diterjemahkan sebagai kayak laut atau kayak pelancongan adalah kayak yang diperkenalkan untuk sukan
mendayung dia perairan terbuka, tasik teluk dan lautan. Kayak laut digunakan di
seluruh dunia untuk perjalanan laut (laut) dari beberapa jam hingga beberapa
minggu, kerana mereka dapat menampung satu hingga tiga pengayuh bersama-sama
dengan ruang untuk peralatan perkhemahan, makanan, air, dan bekalan lain.
Kayak laut ini
kebiasaannya antara 10 hingga 18 kaki (3 – 5.5 m) panjang untuk kraf solo dan
sehingga 26 kaki (7.9 m) untuk kraf tandem. Lebarnya hanya 21 inci (53cm) dan
mungkin sehinga 36 inci (91 cm)
2.3.2
Whitewater
Kayak
Whitewater kayak
digunakan untuk aktiviti luaran rekreasi bertujuan menavigasi sungai atau badan
air butih atau air yang kasar. Kebiasaannya ia digunakan mendayung di kawasan
sungai, tasik dan lautan. Model terawal diperbuat daripada kaca gentian dan
hari ini kebanyakan komposit disediakan untuk slalom atau squirt berperahu.Sebilangan
besar mempunyai kemampuan untuk dikimpal setelah kerosakan yang ketara.
2.3.3
Surf Ski Kayak
Surf ski kayak atau
kayak ski luncur ini adalah jenis kayak yang paling terkenal disebabkan reka
bentuknya yang sempit dan panjang serta dibina untuk kelajuan, prestasi dan
perlumbaan. Penggunaan hasil gabunga serat, karbon dan kevlar serta reka
bentuknya yang ramping dan efisien membolehkan pengayuh memaksimumkan prestasi.
2.3.4
Recreational
Kayak
Recreational kayak
atau kayak rekreasi ini adalah sejenis kayak yang direka kepada pengayuh biasa
atau bukan peserta pertandingan yang berminat dalam aktiviti rekreasi di tasik
atau aliran air rata. Kategori kayak ini adalah merupakan kategori kayak yang
menghasilkan penjualan terbesar.
2.4
JENIS-JENIS
KAYAK
Pada zaman sekarang,
terdapat pelbagai keluaran dan reka bentuk kayak yang dihasilkan.Walaupun
begitu, para pengeluar masih mengekalkan kategori kayak mengikut aktivitinya.
Terdapat beberapa jenis kayak yang dihasilkan iaitu:
1)
Kayak Creek Boat
Kayak ini digunakan
oleh pendayung yang baru menceburkan diri dalam aktiviti kayak dan kanu ini.
Ini disebabkan oleh kayak Creek ini memberikan kestabilan yang paling tinggi
dan sangat mudah untuk dikendalikan.
2)
Kayak Polo
Kayak ini digunakan
di kawasan danau yang tenang dan kolam. Kayak ini mempunyai reka bentuk yang
hampir sama dengan Creek Boat tetapi mempunyai bentuk belakang yang lebih leper
untuk memudahkannya melakukan pemotongan air semasa berpusing. Kayak ini juga
digunakan oleh pemain kaya polo.
3)
Kayak Inflatable
Kayak ini diperbuat
daripada hasil gabungan getah dan
gentian kaca. Kayak ini mempunyai daya apungan yang tinggi dan perlu dipam
angin sebelum menggunakannya.
4)
Kayak Squirt
Kayak ini sesuai
digunakan untuk aktiviti ‘rodeo’ di arus deras seperti enders dan catwhell
kerana kayak ini berbentuk tipis dan ruangan di dalamnya hanya boleh memuatkan
kaki pendayung sahaja. Saiz kayak ini hanya 2.5 m dan ia mampu untuk menyelam.
5)
Kayak Sprint
Kayak ini
kebiasaannya digunakan dalam acara perlumbaan. Ini disebabkan oleh bentuknya
yang panjang, kecil dan tirus. Kayak ini bergerak dengan sangat laju dan
pendayungnya perlu memiliki keseimbangan yang sangat baik.
6)
Kayak Slalom
Kayak ini digunakan
apabila dalam keadaan selok belok. Kayak ini bersaiz pendek dan tajam di
bahagian hadapan serta panjang dan lebih kembung di bahagian belakang. Kayak
ini memiliki kelajuan dan kestabilan yang tinggi.
3.0 PERALATAN
3.1
ANATOMI KAYAK
Semua jenis kayak
mempunyai nama bahagian yang sama kecuali bentuk, ukuran dan bahan
penghasilannya sahaja yang berbeza mengikut syarikat pengeluar dan teknologi
semasa. Terdapat beberapa bahagian atau anatomi kayak.
a)
Bow dan Stern
Bow adalah merupakan
bahagian hadapan atau muncung kayak yang berfungsi sebagai arah tujuan dan alat
pemecah ombak. Stern pula adalah bahagian belakang kayak. Kedudukan bow dan
stern kadangkala mengelirukan pendayung baru, jadi antara tips untuk
mengenalinya adalah melihat arah tempat duduk pendayung.
b)
Gunwale Line /
Painter Line
Gunwale line ini
adalah bahagian tepi atau sisi kayak yang berfungsi sebagai penyeimbang bagi
pendayung samada kayak yang dinaiki itu sesuai dengan berat badan atau tidak.
Sisi kanan dipanggil ‘starboard’ dan kiri pula adalah ‘portside’.
c)
Hull
Hull adalah bahagian
bawah kayak Bentuknya berbeza-beza berdasarkan jenis kayak tersebut untuk
aktiviti apa digunakan.
d)
Deck
Deck atau geladak ialah bahagian atas di hadapan kayak untuk
melindungi kaki bagi memudahkan pendayung melakukan teknik Eskimo Roll. Deck
bahagian depan ini dikenali sebagai "foredeck"dan dibelakangnya pula dikenali
sebagai "afterdeck".
e)
Cockpit
Cockpit ialah ruangan yang di bentuk untuk pendayung kayak.
Kedudukan Cockpit ini berbeza mengikut reka bentuk dan penggunaan kayak
tersebut.
f)
Seat
Tempat duduk terletak didalam Cockpit dan tempat duduk terbahagi
kepada beberapa jenis iaitu Standard (bentuk dan ukuran tetap), tempat duduk
sederhana (biasa hanya untuk kayak rekreasi), tempat duduk ketat (digunakan
untuk di arus deras dan tempat duduk yang digunakan di dalam sesuatu
pertandingan).
g) Toggle
Toggle adalah sejenis tali untuk mengangkat
kayak dan terletak dihujung hadapan (bow) dan belakang (stern).
h) Coaming
Coaming adalah bahagian tepi kecil dan ia
mengelili cockpit uang berfungsi sebagai penahan air daripada masuk ke dalam
kayak dan juga untuk mengikut spray cover.
i)
Knee Brace
Ianya terletak dibawah coaming yang berfungsi
sebagai penahan lutut dan memberikan sanggahan kepada kaki supaya kaki
pendayung lebih kuat terhadap kayak.
j)
Towline / Deckline
Towline adalah tali yang diikat dihujung kayak
(bow) dan stern dan berfungsi sebagai tali penyelamat atau menunda kayak.
k) Keel
Ia terletak dibawah geladak belakang dan
berfungsi sebagai kemudi kayak.
l)
Buoyancy
Buoyancy adalah bahagian apungan yang terletak
dibawah deck bow dan deck stern yang berfungsi sebagai penyimpang apabila kayak
terbalik dan tidak mudah ternggelam.
m) Footrest
Footrest terletak di bahagian foredeck dan
befungsi sebagai tempat meletak kaki. Ia berbentuk berdiri dari bar (dipasang
pada sisi kiri dan kanan), paddle (hampir sama dengan bar tetapi terpisah antara
letak sebelah kiri dengan kanan), bulkhead (bentuk bulat rata dan terletak di
bagian haluan (bow).
n) Deck Eye
Deck Eye atau Eye Cleat adalah lubang untuk
mengikat towline yang terletak di atas geladak.
o) Eye Pit
Eye pit adalah lubang yang terletak dihujung
bow dan stern pada jenis-jenis kayak tertentu.
p) Hatch
Hatch adalah lubang penutup yang terdapat di
bahagian depan dan belakang deck dan berfungsi sebagai tempat meletakkan
barang. Kebiasaannya digunakan utuk kayak jenis ekspidisi atau Sea Kayak.
q) Back Strap
Back strap berbentuk getah yang diletakkan
pada bahagian tempat duduk belakang dan berfungsi untuk memberikan keselesaan
pendayung untuk menyandar dan juga untuk melindungi keselamatan bahagian
belakang pendayung.
3.2
ANATOMI PENDAYUNG (PADDLE)
Pendayung atau paddle ini terdiri daripada
pelbagai jenis bahan buatan. Ini disebabkan oleh dua elemen penting iaitu
prestasi dan kesesuaiannya berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
I.
Blade
Blade atau bilah mata dayung adalah kepingan
yang berada di hujung batang dayung. Ia berfungsi untuk mengaut seberapa banyak
air bagi menghasilkan pergerakan pada kayak. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan
saiz bergantun kepada penggunaannya.
II.
Tip
Tip adalah kepingan logam yang berada dihujung
mata dayung. Sesetengah dayung tidak mempunyainya. Ia berfungsi melindungi mata
dayung daripada kerosakan akibat hentakan.
III.
Shaft / Bar
Ia berbentuk bulat dan kebiasaannya lurus. Ia
merupakan bahagian pemegang pendayung.
IV.
Neck
Neck adalah bahagian pencantuman antara blade
dan shaft.
V.
Drip Ring
Ia adalah bahan yang diperbuat daripada
plastik atau getah dan terletak berdekatan dengan neck. Ia berfungsi untuk
menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung.
Tidak kesemua pendayung memiliki drip ring.
VI.
Front of Blade
Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk
cekung dan berfungsi untuk mengaut air.
VII.
Back of Blade
Bahagian belakang bilah dayung yang berbentuk
cembung untuk memberi sokongan yang kuat kepada mata dayung.
3.3
PENUTUP COCKPIT
(SPRAYDECK/SPRAYCOVER)
Penutup cockpit adalah penutup kalis air yang
fleksibel untuk kapal (khususnya untuk kayak atau sampan) dengan lubang untuk
pinggang penumpang. Spraydeck atau spraycover digunakan untuk mencegah air
masuk ke dalam kapal sambil membiarkan penumpang mendayung.Spraydeck digunakan untuk
memecahkan gelombang di air putih dalam keadaan cuaca buruk dan juga dalam
sukan percikan.
Ianya diperbuat daripada kain kedap air atau
neoprena. Ukurannya sesuai untuk membuka cockpit kanu atau kayak dengan lubang
untuk pinggang penumpang. Spraydeck ini secara amnya menutup di sekitar tepi
cockpit dan di sekitar tubuh setiap penumpang. Deck boleh dibuat untuk menutup
dengan beberapa cara termasuklah kain elastik, belahan yang berisi tali elastik
dan tali atau kedua-duanya.
3.4
JACKET
KESELAMATAN / BOUYANCY AID / PDF
Jaket keselamatan
ialah bahan bantuan apungan yang disarungkan ke bahagian badan melalui kepala
yang menggunakan bahan apungan luaran seperti udara ataupun gas. Ketika di
dalam air, ia boleh mengapungkan kita dalam kedudukan 45 darjah menegak dalam
jangka masa 72 jam.
Bouyancy aid pula
merupakan alatan keselamatan yang paling penting dalam aktiviti berkayak. Ia
adalah bahan bantuan apungan yang berbentuk seperti vest dan dilengkapi dengan
tali pengikat pinggang. Bahan apungannya diperbuat daripada foam yang lembut.
Ketika berada di dalam air, ia akan membuatkan seseorang individu itu terapung
secara menegak. Ia bertahan dalam jangka masa yang terhad iaitu beberapa jam
sahaja bergantung kepada bahan yang digunakan.
PFD adalah ‘Personal
Floatation Devices’ / Peranti Pengapungan Peribadi (juga dikenali sebagai jaket
keselamatan, penyelamat kehidupan, pelampung dan pakaian pengampungan). Alat
ini direka untuk membantu pemakainya, sama ada dalam keadaan sedar atau tidak
sedarkan diri untuk bertahan.
3.5
TOPI
KESELAMATAN
Topi keselamatan
untuk berkayak adalah jenis bertangkai yang digunakan mengikut jenis aktiviti
yang ingin dilakukan . Pendayung Kayak Whitewater mesti memakai topi keledar
yang diluluskan. Kepada pendayung-pendayung lain pula harus memakai topi dengan
penuh. Ini akan melindungi mereka daripada kesan pancaran matahari pada
hari-hari panas serta membantu mereka mengekalkan haba badan mereka pada
hari-hari sejuk.
3.6
PAKAIAN
i.
Kayak pada musim
panas
Ketika berkayak,
topi yang mempunyai sayap yang besar lebih digalakkan kerana dapatt melindungi
diri dari matahari dan berkemungkinan juga pada hujan musim panas. Lebih baik
memakai baju yang sangat lentur berlengan panjang untuk melindungi dari
matahari dan di bahagian atasnya menggunakan neoprene. Sangat penting untuk
membawa tabir suria kalis air dan kaca mata yang diluluskan, kasut neoprena dan
sarung tangan sebagai pilihan.
ii.
Kayak di musim sejuk
Walaupun sejuk, penggunaan
topi adalah masih diperlukan serta kacamata hitam dan pelindung matahari. Jika
pada musim sejuk, pendayung perlu menukar kasut kepada memilih but bahan
neoprene dan sarung tangan. Pendayung juga boleh memakai kemeja lengan panjang,
saman neoprena penuh dan saman kalis air.
3.7
KASUT AIR
(BOOTIES)
Ketika berkayak,
sangat penting kepada pendayung untuk melindungi kaki daripada bebatuan dan
bahan lainnya dengan memakai kasut bot neoprene. Selain daripada pakaian yang
berkualiti, sepasang kasut yang bagus juga adalah suatu keharusan kepada
pendayung. Kasut akan membuat kaki pendayung tetap dalam keadaan hangat dan
nyaman semasa berada diatas air.
Banyak kasut bot
neoprene yang diagbungkan dengan ritsleting yang selesa membuatkan mudah
dipakai dengan kaki telanjang dan juga stokin yang basah atau kering. Kasut
jenis ini mempunyai daya tarik yang kuat yang membuatkan pendayung tidak mudah
licin dan terjatuh. Ia disediakan dengan pelbagai ketebalan untuk mengelakkan
pendayung memijak benda tajam yang berada didalam air.
3.8
SENARAI
PERALATAN BERKAYAK
Terdapat beberapa
lagi peralatan yang tidak semestinya dibawa tetapi kemungkinan berguna jika
pendayung membawanya.
a)
Sarung tangan
Ini juga merupakan
masalah pilihan kerana sebilangan pendayung tidak suka mendayung dengan memakai
sarung tangan. Selain menjaga kehangatan tangan, sarung tangan juga melindungi
buku jari anda daripada goresan dan ruam.
b)
Beg tali
Beg tali ini dapat
digunakan jika ingin membantu untuk menyelamatkan nyawa rakan. Para pendayung
disyorkan untuk membawa beg ini yang boleh digunakan sebagai beg lemparan
penyelamat.
c)
Pisau
Ini adalah salah
satu item yang mungkin tidak akan digunakan tetapi sekiranya pendayung terjerat
dengan tali atau terjebak di bawah rakit, para pendayung dapat menggunakannya.
d)
Beg Terapung
Beg terapung ini diletakkan
di bahagian stern kayak supaya pendayung tidak akan tenggelam sekiranya pendayung
terpisah daripada kayaknya.
e)
Beg kering
Beg kering bertujuan
menjadikan makanan ringan dan kamera pendayung sentiasa kering. Pendayung perlu
memastikan beg kering ini terpasang pada kayak bukan pada badan pendayung.
f)
Dry Top / Drysuit /
Wetsuit / Jaket Paddle
Ini adalah salah
satu perkara utama dan perlu disuaikan mengikut suhu keadaan. Sesetengah orang
selalu menggunakan pakaian atas yang kering.
3.9
PENJAGAAN
PERALATAN
Kayak dibina dengan
bahan nipis untuk prestasi ekstrem diatas air. Oleh sebab bahan diregangkan
begitu nipis, penyerangan boleh berlaku ketika penyimpanan. Tiga faktor yang
boleh menyebabkan kemudaratan iaitu panas, masa dan tekanan. Kayak perlu
disimpan dengan sudut atau bediri dan ditutup dan seimbang. Kawasan yang
diperlukan untuk menyimpan kayak perlulah luas dan tidak bersentuhan.
i.
Teknik Menyimpan
Kayak
Terdapat empat teknik yang boleh digunakan untuk
menyimpan kayak iaitu:
¨
Kawasan teduh
Kayak perlu disimpan ditempat yang terlindung
seperti di garaj kereta, ruang bawah tanah, gudang atau tempat penyimpanan yang
lain. Simpan di luar adalah pilihan terakhir. Sekiranya kayak ingin disimpan
dalam jangka masa yang lama, kayak boleh disimpan secara professional seperti
yang digunakan oleh sekolah kayak, penyewaan kayak dan marin.
¨
Tanah
Kayak perlu disandarkan pada permukaan dinding
yang rata dengan kaedah berdiri atau melintang. Jika disandarkan dengan
melintang, miringkan kayak sehingga mendatar dengan lantai dan bersandar secara
bersudut dan menghadapkan cockpit ke luar. Manakala jika diletakkan berdiri,
letakkan stern menyentuh tanah dan bow naik ke arah siling. Bagi mengelakkan ia
bergerak atau bergelongsor, letakkan tuala atau kain dibawahnya.
¨
Dinding
Dinding yang kukuh diperlukan untuk menyangkut
kayak dan jangan menggunakan papan lapis sebagai tempatnya. Dua sistem yang
dapat digunakan iaitu sistem simpanan gaya tali atau pendakap. Sistem gaya tali
berfungsi dengan memasang tali di dinding dan membungkus tali di sekeliling
kayak. Sistem pendakap pula berfungsi dengan sokongan pendakap di bawah kayak
yang dipasangkan pada dinding.
¨
Rak
Rak boleh dicipta menggunakan paip pvc yang
disambungkan membentuk segi empak tepat dan diletakkan pada dinding dengan 5
kaki dari tanah dengan penjepit
pelekap. Skru penjepit ke kancing dinding dengan garis lurus. Skru satu
penjepit pada setiap pejantan (dengan jarak standard 16 "di antara
kancing, ini memerlukan 3 pengapit untuk bingkai 4 kaki), kemudian klip setiap
penjepit di sisi yang sama dari bingkai segi empat tepat. Ini akan menahan
bingkai dengan selamat di tempatnya dan terpasang di dinding. Letakkan busur
melalui segi empat tepat dari bawah rak dan menghadapkan bow kea rah siling dan
stern dibawah yang dilapik. Cockpit perlu dihadapkan ke luar.
4.0 KESELAMATAN BERKAYAK
4.1
PUNCA
KEMALANGAN
1.
Kurang pengawasan
daripada penganjur atau ibubapa terhadap anak atau peserta yang bermain kayak. Cara
yang terbaik ialah beritahu kawasan-kawasan yang bahaya dan elakkan.
2.
Tidak tahu atau
kurang kebolehan untuk menyelamatkan orang lemas.
3.
Tidak mematuhi
peraturan yang telah dinyatakan oleh pihak pengurusan.
4.
Kurang pengetahuan
tentang aktiviti berkayak (langkah mengatasi keselamatan) dan tidak tahu apa
yang perlu dilakukan jika berlaku sebarang musibah.
5.
Kurang kemahiran
atau pengalaman dari segi teknik dan pengendalian kayak.
6.
Cemas atau kelam
kabut (panik) apabila berlaku musibah dan apabila panik, musibah mudah berlaku.
7.
Pengaruh akibat
pengambilan bahan yang memabuk dan menghayalkan seperti dadah, arak dan
lain-lain.
8.
Ombak yang besar dan
arus sungai atau laut yang deras boleh membuat pendayung hilang kawalan dan
imbangan.
4.2
LANGKAH-LANGKAH
KESELAMATAN
Kayak adalah bersifat
tangkas, mudah bergerak, patuh untuk menguruskan tetapi boleh menyebabkan
banyak masalah jika anda tidak mematuhi peraturan untuk operasi mereka.
Pertama, anda tidak boleh masuk dalam kayak tanpa jaket hayat walaupun anda
berjalan kaki sahaja di sepanjang pantai. Selalunya terdapat risiko kehilangan kayak
yang disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dijangka.
Kedua, dalam kayak pendayung
tidak boleh bangun dalam semua pertumbuhan dan cuba bersandar di atas kayak. Pendayung
hanya boleh duduk di dalam kayak tanpa cuba untuk bangun. Ketiga, semua benda
di atasnya harus terikat dan dibungkus dalam beg kedap udara. Jika tidak, benda
tersebut mungkin basah, lemas atau merangkak di sepanjang bahagian bawah dan
mengganggu imbangan kayak.
Dan akhirnya,
sebelum perjalanan kayak, pendayung perlu menyemak laluan dengan teliti. Tentukan
tahap kesukarannya dan beritahu semua rakan dan saudara mara mengenai arah yang
dirancang. Dan jika perkhidmatan penyelamat bertemu di sepanjang jalan, sangat
penting untuk memeriksa mereka supaya dalam kes force majeure mereka tahu di
mana hendak mencari kayak dan penumpangnya.
4.3
PANDUAN LANGKAH
KESELAMATAN
1.
Pendayung baru perlu
mengambil masa yang lebih banyak untuk mengkaji keselamatan dan menguasai
teknik mendayung dan teknik berkayak supaya pergerakan pendayung lebih selamat.
2.
Hatch yang mempunyai
tekanan (kompartmen apungan) mesti ditutp rapat. Ini bagi memastikan penjagaan
daya apungan yang diperlukan semasa berlebihan, keupayaan untuk memanjat balik
ke dalam kayak atau meletak kayak secara langsung dengan kaedah kudeta Eskimo.
3.
Pendayung perlu
mengelakkan berkayak berhampiran dengan batuan kerana kawasan perairan berbatu
menyebabkan banyak gelombang air berlaku dan dapat mengoncangkan kayak.
4.
Pendayung yang
berkayak di kawasan laut kasar memerlukan skirt kayak kerana cuaca boleh
berubah bila-bila masa. Ketika berpakaian skirt, perlu diingatkan untuk pastikan
tali dihadapan skirt pelu berada di luar cockpit agar segala usaha penyelamatan
diri akibat berlebihan air berlaku dengan mudah.
5.
Sebagai persediaan
kecemasan, pendayung kayak laut perlu menyediakan pam air untuk dapat mengepam
air daripada cockpit kayak. Untuk memudahkan keupayaan untuk naik balik ke
dalam kayak apabila berlebihan, disarankan untuk menggunakan bekas paddle
inflatable (Paddle Float).
4.4
ISYARAT DAN
KOMUNIKASI
Kemahiran isyarat
dan komunikasi adalah kemahiran berhubung diantara pendayung semasa berada
diatas kayak atau semasa melakukan aktivitinya. Antara komunikasi atau isyarat
yang digunakan semasa kayak adalah seperti berikut:
Isyarat
|
Maksud
|
1 kali tiupan wisel
|
Beri perhatian kepada saya
|
2 kali tiupan wisel
|
Naik ke darat
|
3 kali tiupan wisel
|
Kecemasan (perlukan bantuan)
|
1 tangan di udara
|
Meminta tolong
|
2 tangan di udara
|
Berhenti (beri perhatian
kepada saya)
|
1 tangan menyentuh kepala dengan
siku terangkat membentuk ‘O’
|
Saya okay (keadaan baik)
|
Tangan bergenggam / kelibat
di atas kepala
|
Berhenti di sini
|
Sentuh kepala dengan hujung
jari berkali-kali
|
Teruskan ke muara
|
4.5
ISYARAT
MENGGUNAKAN PENDAYUNG
Seperti apa yang
telah dinyatakan di atas, kemahiran isyarat adalah satu cara komunikasi yang
baik ketika berkayak. Oleh itu, terdapat juga beberapa isyarat yang boleh
digunakan menggunakan pendayung. Antara cara yang perlu diketahui adalah:
1.
Isyarat Berhenti
Isyarat ini
bertujuan untuk mengarah semua pendayung berhenti. Kaedah isyarat ini digunakan
adalah dengan mengangkat kedua-dua tangan sambil memegang dayung secara
melintang. Dayung perlu diangkat melepasi paras kepala.
2.
Berakit / Rafting
Isyarat ini pula
bertujuan untuk mengumpulkan kesemua pendayung. Kaedahnya adalah dengan dayung
diangkat secara menegak ke atas. Mata dayung perlu berada di udara selari
dengan arah bow kayak.
3.
Arah Pergerakan
Semasa berkayak,
arah yang ingin dituju boleh menggunakan dayung. Untuk semua kayak bergerak ke
kiri, dayung diletakkan secara melintang di sebelah kiri sebaliknya jika hendak
ke kanan, dayung digerakkan ke kanan.
4.
Kecemasan
Untuk menarik
perhatian bagi mendapatkan bantuan pula, dayung diangkatkan tegak ke atas dan
dilambaikan ke kiri dan ke kanan kayak.
5.
Call Off
Isyarat ini
dilakukan dengan mengangkat dayung tegak ke atas dan digerakkan ke hadapan dan
ke belakang. Isyarat ini bertujuan untuk memanggil semua kayak pulang ke
pengkalan kerana kecemasan.
5.0 TEKNIK DAN ASAS BERKAYAK
5.1 Teknik mengangkat kayak
Teknik mengangkat kayak ini
sesuai untuk mengangkat kayak yang ringan atau kayak solo melalui pikulan di
bahu secara berseorangan. Bahagian tengah cockpit diletakkan di bahu supaya
dominan untuk mengekalkam keseimbangan kayak. Tangan yang dominan dapat
memegang hujung cockpit bagi menyelaraskan keselesaan dan keseimbangan berat
kayak. Manakala tangan yang sebelah lagi untuk memegang pendayung. Kelekan di
pinggang secara berpasangan. Teknik ini memerlukan dua orang. Pengangkat
mestilah berada di bahagian bow dan stern secara berlawanan arah. Tangan
mestilah memegang bahgian bow dan stern ataupun toggle dengan kemas supaya
tidak jatuh. Kayak diinjap ke atas dan dikepit di pinggang untuk mengangkat
kayak dalam jarak yang dekat ataupun kayak yang berat. Pengangkat mestilah
berada dalam kedudukan yang sesuai ataupun sama arah untuk membolehkan mereka
berkomunikasi dan mengelakkan sebarang kecederaan berlaku sekiranya kayak
yang dipikul terjatuh.
5.2 Teknik masuk ke
dalam kayak
Kebiasaan teknik masuk ke dalam air
dilakukan di kawasan pantai. Letakkan bahagian hadapan kayak di gigi air dan bahagian
belakang di atas pasir. Seterusnya masuk ke dalam kayak. Lutut kita mestilah
menyangga knee brace dan hujung kaki perlu menekan foot rest untuk
meningkatkan daya imbangan kayak. Seterusnya lancarkan kayak ke dalam air
dengan kedua-dua tangan menolak pasir sehingga keseluruhan kayak berada di
air. Bagi kawasan yang cetek ataupun separuh lutut letakkan kayak di atas
air. Tangan dominan memegang pendayung dan diletakkan di sisi kayak. Tangan
yang memegang pendayung perlu diletakkan di bahagian luar cockpit dan angkat
kaki yang paling hampir dengan kayak ke dalam cockpit. Seterusnya luruskan
kaki pada masa yang sama juga tangan yang sebelah lagi perlu memegang
cockpit. Manakala bagi kawasan yang dalam pula letakkan pendayung dalam
cockpit dan pegang bahagian stern dengan kedua-dua tangan. Lonjakan bahagian
obdominal badan ke bahagian stern serta kangkangkan kaki sehingga kedua-dua
kaki mengepit bahagian stern dan meniarap di atas bahagian aftdeck. Capai
cockpit dengan kedua-dua tangan dan tarik badan ke atasnya.
5.3 Teknik duduk di dalam kayak
Antara
teknik duduk di dalam kayak ialah yang pertama sekali sediakan kayak. Bawa
kayak ke kawasan yang berumput lembut supaya kita dapat menyesuaikan pakaian
kayak dengan betul. Teknik ini mestilah dilakukan di tempat yang stabil dan
selamat untuk pengayuh perahu. Sesuaikan pendakap belakang sehingga longgar
dan sesuaikan penyokong kaki atau pasak kaki ke posisi yang membolehkan masuk
ke dalam kayak dengan selesa. Kita mestilah memakai kasut yang sama sebelum
masuk ke dalam kayak untuk mendayung. Pastikan kaki kita berada di hadapan
pasak kaki tidak boleh duduk di bahagian sokongan belakang. Seterusnya
selaraskan sandaran sokongan belakang supaya memberikan sokongan punggung
dengan cukup. Punggung belakang perlu diletakkan supaya membentuk sudut 90
darjah dengan dada sedikit ke hadapan bergantung pada sandaran. Tetapkan
pasak kaki dan kedudukan kaki. Letakkan bebola kaki di pasak kaki. Jarak kaki
mestilah di halakan ke arah luar dan tumit harus bersudut ke arah kayak.
Lutut haruslah membengkok ke atas dan ke luar. Membiarkan kaki memberi
tekanan pada pendakap paha. Dalam kedudukan ini terdapat sedikit tekanan yang
seragam antara kaki dan pasak kaki dan antara pendakap pahaa supaya dapat
mencapai orientasi yang betul semasa
keluar dari kayak. Setelah semuannya selesai goyangkan kayak dari sisi ke
sisi dan bersandar ke depan dan belakang. Merenggangkan kayak dengan
berkesan. Berlatihbpukulan ke hadapan sambil mengekalkan kedudukan badan yang
betul di dalam kayak.
5.4 Memasang penutup cockpit (spraycover)
Cockpit ataupun spraycover merupakan satu peralatan
untuk berkayak yang amat penting. Cockpit ataupun spraycover berfungsi
sebagai menghalang air dari masuk ke dalam kayak. Teknik memasang dan
meluncutkannya mestilah dikuasai dengan baik oleh pendayung untuk mengelakkan
daripada berlaku sebarang masalah. Spraycover yang terjerut di bahagian
cockpit boleh memerangkap pendayung yang terbalik apabila teknik meluncutkan
tidak difahami dengan baik. Antara langkah-langkah untuk memasang dan
menanggalkan spraycover ialah yang pertama duduk di dalam kayak. Pastikan
kedudukan kita betul dan selesa agar dapat menghasilkan kayunan yang baik.
Yang kedua codongkan sedikit badan ke belakang supaya menghampiri bahagian
aftdeck. Seterusnya sangkut bahagian belakang spraycover pada bahagian
belakang coaming dan tarik spraycover ke hadapan coaming dengan memasukkan
getah elastik ke seluruh bahagian coaming. Pastikan seluruh bahagian getah
elastik telah mengikat coaming dan seluruh bahagian apron telah menutupi
cockpit. Kita juga perlu memastikan release toggle berada di luar cockpit
untuk memudahkan kita menanggalkan spraycover apabila kayak yang dinaiki
terbalik. Langkah yang terakhir sekali ialah untuk meluncutkan spray cover
dari coaming, badan kita mestilah ke hadapan sedikit dan tarik release
tonggle ke atas.
5.5 Teknik keluar dari kayak
Bagi teknik keluar dari kayak pula ialah kita perlu
mengikat kayak terlebih dahulu jika kita berkayak di demaga atau platform
lain. Seterusnya kita perlu menggunakan pendayung yang sesuai untuk
menstabilkan kayak. Oleh kerana kayak tempatnya di air, penggerakannya yang
salah menyebabkan kita hilang keseimbangan badan semasa berkayak. Seterusnya
bongkokkan sedikit ke bawah dan bersedia untuk langkah seterusnya seperti
apabila kita berkayak terus ke dermaga pastikaan kita goyang sedikit. Pikul
kayak di dermaga dan ayunkan kaki ke dalamnya. Apabila kita mhendak keluar
dari (tempat yang cetek) pastikan letak satu kaki sahaja di tepidan bangun
untuk tumpukan berat badan kita pada kaki yang terletak di tepi air itu.
Seterusnya letak kaki yang sebelah lagi pula. Akhir sekali bersedia untuk
keluar dari kayak dalam keadaan yang tidak terlau basah.
5.6 Teknik mengeluarkan air dari kayak
Kita pelu membiarkan kayak kita terbalik dahulu dan
pegang bow dan stern bersama-sama.Jika kayak kita mengandungi air yang
terlalu banyak, jangan segera diangkat kerana kayak masih berat dipenuhi oleh
air. Condongkan kayak kita ke arah sebelah kiri sedikit dan angkat secara perlahan-lahan.
Air yang berada di dalam kayak tadi akan keluar sedikit demi sedikit dan akan
menjadi lebih ringtan sedikit untuk diangkat. Seterusnya terbalikkan kayak
semula dan buat penggerakan seperti jongkang -jongkit. Teknik ini mestilah
dilakukan secara berulang kali supaya semua air yang berada di dalam kayak
dapat dikeluarkan dan ia mestilah dilakukan secara berpasangan. Kita juga
boleh menggunakan kaedah tebing. Kaedah ini dilakukan secara berseorangan.
Kita mestilah meletakkan bow kayak di atas tebing dan pada masa yang sama
kita mestilah berada di dalam air dan terbalikkan kayak tersebut. Pegang pada
bahagian stern dan angkat dan lakukan seperti teknik jongkang-jongkit juga.
Bagi kaedah menggunakan permukaan laut pula ialah dilakukan secara berseorangan
pastikan kita letak kayak dalam posisi yang betul dan normal di atas
permukaan air. Tekan bahagian stern supaya semua air terkumpul di bahagian
tersebut dan pegang bahagian stern dan terbalikkan kayak. Melalui pinggang
pula kaedah ini sesuai untuk membuang air yang terdapat sedikit sahaja di
dalam kayak seperti kayak solo. Kita mestilah membuat pengerakan yang sama
seperti kaedah mengangkat kayak solo dan meletakkan bahagian tengah cockpit
di belakang kita. Lutut mestilah dibengkokkan sedikit untuk mengelakkan
berlakunya kecederaan. Lakukan teknik jongkang-jongkit juga supaya semua air
di dalam kayak dapat dikeluarkan. Akhir sekali kaedah slideways berpasangan
iaitu membuang air yang terlalu banyak di dalam kayak secara berpasangan.
Kita perlu condongkan kayak sedikit ke arah kita supaya air dapat keluar dan
lakukan jongkang-jongkit juga.
6.0 Teknik Asas Dayungan
6.1
Menentukan saiz pendayung (paddle) yang sesuai
Dalam aktiviti berkayak kita perlu memilih peralatan
yang sesuai untuk berkayak. Apabila datang kepada kita cara untuk memilih
pendayung kayak untuk mendayung pastikan kita mengambil pendayung yang lebih
panjang dalam bahagian mendayung tinggi. Pengayuh yang tinggi adalah lebih
agresif yang kebanyakkan digunakan dalam keadaan kompetitif atau yang
mencabar. Apabila kita hendak mendayung pastikan berada dalam keadaan menegak
dan berada berdekatan dengan bot. Dengan itu kita mestilah menggunakan
pendayung yang lebih pendek supaya hasil pukulan yang mantap. Saiz pendayung
amat penting sekali dalam memilih pendayung. Kita akan kehilangan kawalan
semasa berkayak seperti canggung untuk bersandar ke air ataupun bertarung
dengan berat dayung yang tidak sesuai untuk ketinggian kita. Untuk mencari
pendayung yang sesuai iaitu panjang dan betul kita mestilah melihat kepada
ketinggian kita dan lebar kayak yang kita guna. Jika kayak kita mempunyai
bingkai yang lebih tinggi dan luas, kita akan memerlukan kepaada pendayung
yang lebih panjang. Bilah pendayung pula terbahagi kepada beberapa jenis
iaitu plastic blades, nylon blades, carbon fiber blades, fiberglass blades,
trinner blades, wider paddle blades dan asymmetricol blades. Bagi kayak yang
lebih luas untuk kelihatan stabil saiz pendayung mestilah 27 inci hingga 36
inci lebar dan panjang pendayung mestilah 230 sentimeter hingga 240
sentimeter bergantung pula kepada ketinggian kayak kita.
6.2 Teknik dayungan asas
Antara teknik-teknik untuk dayungan asas ialah
forward stroke (firmming) kita mestilah membengkokkan sedikit badan ke
hadapan. Torso kanan juga digerakkan ke hadapan jangkau mata dayung juga
digerakkan ke hadapan sejauh yang boleh. Tangan kiri mesti dibengkokkan
separuh bahu sahaja. (Catch) kita mesti menjangkau sejauh mungkin dan
benamkan mata dayung di dalam air. (Pull\draw power) iaitu gerakkan tonso
kanan ke belakang dan tangan kanan mestilah menarik mata dayung ke belakang
dan tarik pendayung sampai ke sisi pinggang dan keluarkan mata dayung
daripada air di pergelangan tangan kanan mesti memutar batang pendayung ke
atas agar menghadap air. Seterusnnya masukkan pula mata dayung ke kiri dan
kanan secara berulang kali. Yang kedua ialah dayungan secara mengundur
(backword stroke) iaitu pusingkan torso kanan ke arah stern dan jangkau dan
benamkan mata dayung ke dalam air. Yang ketiga ialah berhenti iaitu kayak
mestilah bergerak ke hadapan manakala kayak yang bergerak ke belakang
dayungan yang pantas. Yang keempat ialah dayungan sapuan hadapan (forward
sweep stroke iaitu memusing dan membetulkan haluan kayak yang tersasar.
Tangan kanan perlu menjangkau ke depan sampai mata dayung bersebelahan bow
dan benamkan mata dayung ke dalam air. Yang akhir sekali ialah dayungan
sapuan ke belakang (reverse sweep stroke) iaitu kaedah yang berlawanan dengan
teknik dayungan ke hadapan. Pendayung didayung di bahagian stern ke hadapan
bow dan tidak perlu menukar arah mata dayung.
7.0 Teknik Menyelamat Di Air
7.1
Teknik menyelamat di air (kayak)
Antara teknik untuk menyelamatkan di air (kayak)
iaitu basah keluar dari kayak dalam laluan menggunakan paddle float yang
tidak melibatkan peluncuran kayak untuk keluar dari kayak secara basah.
Pegang dayung kayak dengan satu tangan sahaja dan tarik gelung pegangan
dengan tangan yang lain. Yang kedua ialah balikkan kayak over dan cari paddle
float setelah keluar dari kayak. Sesetengah kayak berputardengan mudah dari
busur. Ia juga boleh dibalikkan di kokpit dengan mengangkatnya dan memecahkan
meterai tekanan udara dengan memutarnya. Air akan memngalir keluar dari kayak
semasa gerakan. Pelampung dayung mestilah disimpan di geladak kayak dengan
selamat. Seterusnya letakkan kaki anda di dalam kayak untuk tetap bersamanya.
Berbaring di atas air dengan kepala ke arah buritan. Letakkan kaki yang
paling rapat dengan kayak ke dalam kokpit. Seterusnya amankan paddle float ke
kayak paddle. Laangkah ini haruslah dilakukan di luar air. Setiap pelampung
dayung akan meluncur dan menahan ke atas bilah dayaung. Seterusnya meletupkan
paddle float kita mestilah terbalikkan kayak dan meletakkan penggapung
dayung. Buka injap pelampung dan tiup ke arah injap.
8.0 DISIPLIN KEPELBAGAIAN
AKTIVITI KAYAK
8.1 DISIPLIN KAYAK: KAYAK
PERLUMBAAN PECUT / CANOOE SPINT RACING
Matlamat bagi kayak perlumbaan
pecut ini adalah untuk mencapai garisan akhir penamat dalam masa yang paling
pantas. Kayak ini boleh dilakukan melalui bot kanu atau bot kayak merentasi
pelbagai jarak dengan pesaing yang berlainan. 12 cara yang berlainan untuk
kayak ini di olimpik. Cara ini menandakan jenis bot yang digunakan, “C” untuk
kanu dan “K” untuk kayak, manakala angka pula menandakan jumlah atlet yang
bersaing dalam bot itu. Biasanya dilakukan di jalan air rata
:• C-1 lelaki 200 meter • Lelaki
C-1 1000 meter • Lelaki K-2 1000 meter • K-1 lelaki 200 meter • Lelaki K-1
1000 meter • K-2 lelaki 200 meter • Lelaki K-2 1000 meter • Lelaki K-4 1000
meter • K-1 Wanita 200 meter • K-1 500 meter wanita • Wanita K-2 500 meter •
Wanita K-4 1000meter.
Antara peralatan - peralatan
khusus yang digunakan dalam acara kayak pecut ini bergantung pada jenis
perlumbaan, jarak perlumbaan dan juga bilangan peserta yang terlibat dalam
acara ini. Kayak digerakkan melalui air menggunakan dua bilah dayung serta
pemain perlu menggunakan kaki mereka bagi mengarahkan bot melalui kemudi.
Kebiasaannya Paddles dalam acara ini dibuat dengan bahan serat karbon.
8.2 DISIPLIN KAYAK: SLALOM
Kayak slalom ini berbentuk
bulat, O atau kano. kayak jenis ini selalunya digunakan untuk aktiviti arus
deras. Bentuk kayak slalom memudahkan bagi kemahiran gulingan dilakukan.
Kayak ini lebih cenderung dan mudah berpusing kerana rocker lebih tinggi
berbanding kayak lain. Contoh bagi kayak ini ialah kayak polo dan kayak
rodeo. kayak ini mudah berpusing, mempunyai kemahiran imbangan sederhana, dan
sesuai untuk aktiviti arus deras.
8.3 DISIPLIN KAYAK: KAYAK ARUS
DERAS / WILDWATER
Kayak ini sesuai bagi mereka
yang berpengalaman dan pandai mengendalikannya dengan baik. Acara ini
selalunya dijalankan di kawasan arus deras seperti jeram. Justeru itu, perlu
membawa kelengkapan yang rasa diperlukan aktiviti arus deras ini seperti
helmet, pendayung, spary deck, knee pad dan beberapa yang perlu dibawa dalam
acara kayak ini. Aktiviti ini amatlah popular dan kerap kali menjadi pilihan
dalam kalangan penggiat tempatan di Malaysia.
8.4 DISIPLIN KAYAK: KAYAK POLO
/ CANOE POLO
Polo kano, juga dikenali sebagai Kayak
polo. Polo menggabungkan kemahiran menunggang bola dengan permainan pasukan
hubungan, di mana taktik dan permainan berpengaruh sama pentingnya dengan
kelajuan dan kecergasan para atlet individu. Kayak ini berlainan dengan kayak
yang lain kerana dicipta supaya menjadi lebih laju dan ringan untuk
mempercepatkan kelajuan atau pergerakan kayak tersebut. Permainan ini
memerlukan kerja berpasukan yang sangat supportive dan mempromosikan
kedua-dua kemahiran berkano umum dan pelbagai teknik lain yang unik untuk
sukan ini. Setiap pasukan mempunyai lima pemain di lapangan dan tiga pemain
gantian, yang bersaing untuk mencetak gol dalam gol penentang mereka yang
digantung dua meter di atas air. Bola boleh dilempar dengan tangan, atau berayun
dengan dayung untuk lulus antara pemain
dan menembak gol. Pitches boleh
ditubuhkan di kolam renang atau sebatang air rata. Kayak direka khusus untuk polo
dan lebih cepat dan lebih ringan daripada kayak biasa, yang memberi mereka
kemampuan bergerak yang hebat. Bilah pelana polo mempunyai tepi bulat yang
tebal untuk mengelakkan kecederaan. Paddles juga sangat ringan dan direka
dengan kedua-dua daya tarikan dan kawalan bola dalam fikiran. Bumper bot
hidung dan ekor, perlindungan badan, topi keledar dan pengawal muka semuanya
wajib.
9.0 PENGENALAN ORIENTEERING
9.1 PENDAHULUAN
Orienteering diambil dari perkataan
Sweden iaitu “orientering” dengan membawa maksud sejenis sukan rekreasi yang
bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan berpandukan peta
dan kompas. Orienteering juga membawa maksud hutan. Orienteering
adalah aktiviti pandu arah di mana boleh dilakukan secara individu atau
berkumpulan dengan menggunakan peta untuk menyelesaikan cabaran navigasi di
kawasan yang tidak dikenali. Orienteering melibatkan cabaran fizikal dan
mental dan memberi ganjaran kepada pesaing dengan pengembaraan unik di padang
permainan yang sentiasa berubah. Orienteering dapat dilakukan secara
kompetitif, sosial, atau untuk menghadapi cabaran peribadi. Dengan
kata lain Orienteering adalah sukan yang memerlukan kemahiran navigasi
menggunakan peta dan kompas untuk menavigasi dari satu tempat ke tempat yang
lain.
Sukan ini merupakan
aktiviti rekreasi yang menggabungkan kemahiran membaca kompas, membaca peta,
mencari bearing dan mengesan titik kawalan. Aktiviti orienteering memupuk
semangat bekerjasama, belajar membuat keputusan, dan merancang aktiviti
dengan baik. Sukan ini
memerlukan imbangan diantara koordinasi mental dan fizikal dengan baik serta
memerlukan peserta untuk berfikiran dengan pantas yang mana sukan ini perlu
mengemudikan hala tuju diri melintasi medan ke medan yang lain serta melatih
individu tersebut dalam kemahiran menggunakan peta dan kompas. Disamping itu,
peserta juga boleh menggunakan panduan angin dalam menentukan arah. Kemahiran
sebegini perlulah dilatih untuk keselamatan individu-individu tersebut.
Selain itu antara peralatan lain yang digunakan ialah penanda, kad kawalan,
dan kad perakam. Orienteering ini boleh diumpamakan dengan sukan larian yang
lain seperti merentas desa (cross-country), mencari harta karun (
tressure-hunt ) dan sebagainya
9.2 SEJARAH PERKEMBANGAN
ORIENTEERING GLOBAL
Mula diperkenalkan pada tahun
1918 di negara-negara Scandinavia (sweden) pada awal abad ke 19, iaitu Major Ernst Killander merupakan
seorang ketua pengakap telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih
kompetatif, yang lebih baik, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar
sebagai “Bapa Orienteering”. Model Killander mendefinisikan Orienteering
merangkumi beberapa aspek iaitu dalam aktiviti orienteering bagi Ernst
Killander ialah seseorang itu memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi
dalam melakukan aktiviti ini.
IOF ditubuhkan dalam tahun 1961
dengan 10 negara. Antara-antara Kejohanan-kejohanan dunia yang
dianjurkan oleh IOF adalah seperti World Orienteering Championships
(WOC), World Cup (WC), Junior World Orienteering Championships (JWOC),
Asia-Pacific Orienteering Championships (APOC), World Masters
Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun keatas. Acara orienteering
terbesar yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang melibatkan
penyertaan antara 15000 hingga 25000 orang.
9.3 PERKEMBANGAN ORIENTEERING DI
MALAYSIA
Pada mulanya, Orienteering di
Malaysia telah diperkenalkan melalui
pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam satu bengkel
orienteering di Hutan Simpan Air Hitam
yang telah dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan Mansor (Dr), pada tahun 1983.
Pada tahun yang sama (1983) Orienteering dikukuhkan lagi dengan Penubuhan
Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA). Tiga tahun selepas itu, diikuti
pula dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wil. Persekutuan
(WOA) pada tahun 1986. Namun diteruskan lagi dengan kejohanan Orienteering
Terbuka Malaysia (MOOC) yang pertama telah diadakan pada tahun 1988. Walaupun
sukan orienteering di Malaysia pada ketika itu masih belum mempunyai satu
badan peringkat kebangsaan, namun demi untuk mengikuti perkembangan dunia
orienteering diperingkat antarabangsa, WOA telah berusaha untuk memohon bagi
mewakili Malaysia untuk menjadi Ahli Gabungan kepada IOF pada tahun 1992. IOF
telah meluluskan dan mengiktiraf WOA sebagai sebuah badan sementara bagi mewakili
Malaysia di dalan IOF. Seterusnya,
pada tahun 1992, Malaysia mula bergabung dengan International Orienteering
Federation (IOF) melalui World Olympians Association (WOA). Pada tahun 1994,
sebuah badan induk peringkat kebangsaan iaitu Persatuan Orienteering Malaysia
– MOA) telah berjaya ditubuhkan bagi menyelaraskan segala aktiviti sukan
orienteering di Malaysia dan sebagai satu badan orienteering yang mewakili
Malaysia di dalam IOF. MOA ditubuhkan dengan mempunyai 7 cawangan negeri
iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kedah,
Terangganu dan Johor. Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam
tahun 1994. Dan akhirnya melalui, MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw. Sabah
pula ditubuhkan pada tahun 1997.
9.4 JENIS-JENIS ORIENTEERING
Orienteering Jalan raya (Street
orienteering)
Orienteering Jalan Raya ini
dijalankan dihalaman ataupun kawasan perumahan. Ianya hanyalah sekadar nama
jalan raya, namun bukan seharusnya dilakukan mahupun dijalankan di jalan raya
yang sesak dan sibuk. Di dalam Orienteering ini, peserta hanya perlu mencatit
maklumat atau butiran yang terdapat di sesuatu titik kawalan seperti nombor
pili bomba dan sebagainya. Dalam Orienteering ini, penanda kawalan biasanya
tidak digunakan.
Orienteering Malam (Night orienteering)
0rienteering ini dijalankan pada
waktu malam. Dengan kegelapan malam yang gelap, oleh itu sukar untuk
dijalankan secara individu. Acara ini
mestilah dilakukan secara berjemaah atau berkumpulan 3 atau 4 orang dalam satu
kumpulan. Orienteering ini dilangsungkan dikawasan terbuka seperti di
taman-taman dengan jarak landasan yang pendek demi keselamatan para peserta
serta masa yang diberikan juga adalah terhad. Untuk kemudahanan dan kecekapan
pergerakan, peserta perlu membawa lampu untuk membaca peta dan mencari
penanda kawalan. Di dalam Orienteering ini, setiap ahli dalam pasukan akan
menamatkan landasan beliau sebelum digantikan oleh rakan sepasukan yang lain
di satu tempat penggantian yang telah ditetapkan. Orienteering jenis ini,
Setiap peserta di dalam satu pasukan akan melalui landasan yang berbeza.
Orienteering Bukit (Mountain orienteering)
Orienteering ini memerlukan
peserta yang mempunyai mental dan fizikal yang agak tinggi dan berpengalaman,
memandangkan landasan yang akan dilalui agak mencabar serta memerlukan
navigasi dan daya keyakinan yang mantap, kerana acara Orienteering jenis ini,
dijalankan dikawasan berbukit-bukit di samping jarak yang agak jauh.
Kebiasaanya Orienteering ini, dijalankan melebihi satu hari dan dengan itu
peserta perlulah bersiap sedia membawa peralatan untuk bermalam, Selain itu,
peralatan-peralatan keselamatan yang lain juga.
Orienteering Bermarkah (Score orienteering)
Bagi Orienteering bermarkah ini, menyediakan titik
kawalan yang banyak dan melebihi masa yang dibenarkan. Titik kawalan yang
terdekat mempunyai markah rendah sementara yang berjarak jauh mempunyai
markah yang tinggi. Peserta diberi kebebasan untuk memilih mana-mana titik
kawalan untuk dilawati, kerana Orienteering bermarkah ini mempunyai banyak titik-titik
kawalan disediakan di mana setiap titik kawalan mempunyai mata yang tertentu
bergantung kepada jarak dan kesukaran teknikal. Peserta hendaklah bergerak
dengan cekap dan pantas kerana masa yang diberikan adalah terhad dan pada
kebiasaanya 60 minit, bagi siapa yang melebihi masa yang ditetapkan akan
dikenakan penalti yang bergantung kepada penganjur tersebut. Mengumpul mata yang banyak merupakan
tujuan acara Orienteering jenis ini dijalankan. Peserta hendaklah mengumpul
mata yang banyak dengan melawati seberapa kawalan yang boleh di dalam masa
yang dihadkan. Format ini adalah sangat sesuai untuk peserta-peserta baru
menyertai kerana penyertaan mereka tidak terbatal jika tidak melawat salah
satu titik kawalan. Namun begitu, aktiviti orienteering ini kelihatan tampak
mudah tetapi peserta perlu meneliti dan merancang landasannya sendiri dalam
keadaan masa yang terhad.
Orienteering Berganti-Ganti (Relay
orienteering)
Orienteering ini mestilah
dijalankan secara berpasukan atau berkumpulan 3 atau 4 orang dalam satu
kumpulan. Acara jenis ini sama seperti larian 100 meter keliling padang, Cuma
berlainan tempat dijalankan. Setiap ahli kumpulan mestilah bekerjasama
menamatkan landasan beliau sebelum digantikan ke rakan sepasukan yang lain
pada satu tempat penggantian yang telah ditetapkan. Setiap peserta akan
melalui landasan yang berbeza di dalam pasukan masing-masing.
Orienteering
Merentas Desa (Cross Country Orienteering)
Orienteering ini seperti
merentas desa memerlukan peserta sampai di titik kawalan mengikut tertib.
Dengan itu, Peserta terpantas melewati semua titik kawalan diistiharkan
sebagai pemenang. Orienteering ini dikenal sebagai orienteering paling
klasik. Peserta diwajibkan melawat kesemua titik-titik kawalan menurut aturan
yang telah ditetapkan, Penyertaan dikira batal sekiranya peserta tertinggal
mahupun tidak melawat salah satu titik kawalan tersebut. Kebiasaanya
orienteering ini dijalankan dikawasan rupa bumi yang pelbagai.
Norwegian Event
Orienteering jenis ini sangat
berlainan dengan orienteering yang lain. Acara ini peserta hanya diberi untuk
menyalin kedudukan titik permulaan dan titik kawalan pertama sahaja pada
mulanya. Acara ini menyediakan satu landasan yang panjang di dalam kawasan
yang kecil ataupun di kawasan yang sempit. Apabila peserta sampai di titik
kawalan pertama, peserta akan menyalin kedudukan titik kawalan yang kedua
pula dari satu peta yang tersedia di situ. Proses ini akan terus dilakukan
sehingga peserta tiba di titik penamat.
9.5 KEBAIKAN SUKAN
ORIENTEERING
Antara kebaikan Orienteering ini
merupakan salah satu sukan yang meningkatkan kecergasan fizikal dan
menguatkan badan. Sukan sebegini, sudah pasti dapat menyihatkan badan dengan
mengeluarkan peluh iaitu toksin-toksin di dalam badan juga dapat
disingkirkan. Dengan aktiviti ini, seseorang itu boleh menguatkan daya
ketahanan diri yang tinggi dalam melakukan aktiviti ini. Aspek stamina
merupakan aspek yang diutarakan, mengatakan stamina memainkan peranan selepas
daya ketahanan tanpa stamina yang tinggi maka aktiviti yang terdapat dalam
orienteering ini tidak dapat berjalan dengan lancar. Selain daripada itu
menguji kecekapan berlari juga merupakan aspek yang penting kerana seseorang
itu perlu tahu bagaimana hendak menggunakan teknik berlari dengan betul
kerana aktiviti orienteering ini dijalankan di atas permukaan yang
berbagai-bagai contoh cara lari menaiki bukit, cara lari turun bukit dan cara
lari pada permukaan yang mendatar semua itu memerlukan aspek kecekapan
berlari yang betul bagi memudahkan aktiviti berjalan..
Sukan ini juga, menguatkan
mental dengan menentukan tahap kesabaran seseorang itu semasa menghadapi
liku-liku dan cabaran dan dugaan dalam mencapai objektif atau tujuan awal
yang dirancang sebelum menggapai kejayaan. Selain itu, melatih penggunaan
skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih mencabar.
10.0 TERMINOLOGI DAN ALATAN
ORIENTEERING
§ Titik
kawalan (Control point)
Di dalam Orienteering telah
diletakkan titik kawalan yang telah ditentukan diatas peta sebagai tanda
kedudukan yang perlu dilawati oleh peserta semasa Orienteering ini
dijalankan. Cara ini berbeza dengan sukan permainan yang lain seperti mencari
harta karun (tressure-hunt) kerana pada setiap titik kawalan tidak diletak
penjaga dan ianya bukanlah “check-point “. Biasanya titik kawalan merupakan
ciri-ciri muka bumi atau buatan manusia yang jelas.
§ Penanda
kawalan (Control marker)
Penanda kawalan juga telah
dibuat didalam orienteering ini untuk tujuan membantu peserta-peserta tiba
pada destinasi yang betul dan tepat. Objek ini diletakkan sebagai tanda di
titik kawalan, dan ia diperbuat daripada kain yang berwarna merah muda dan
putih diletakkan dalam linkungan jarak 10 m. Di dalamnya diletakkan penebuk
lubang ( puncher) yang unik, serta kod kawalan yang tersendiri. Dalam
peraturan IOF tidak dibenarkan no. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. kod
kawalan.
§ Kad
kawalan (Control card)
Kad kawalan ini Sebagai bahan
bukti dan pengesahan, peserta perlu membawa bersama-sama mereka kad ini
ketika menyertai acara Orienteering. Dalam kad ini akan ditulis masa bermula
(start time) serta nama peserta. Di dalam kad ini juga telah tersedia ruang
petak yang akan ditebuk apabila tiba di titik kawalan nanti. Setelah tamat
permainan, kad ini perlu dicatatkan masa penamat setelah selesai permainan
oleh penjaga masa digarisan penamat nanti.
§ Peta
utama (Master map)
Dalam Orienteering juga
diberikan Peta utama iaitu peta yang telah ditandakan dengan landasan,
landasan pula akan disediakan oleh perancang landasan. Seterusnya peta juga
disertakan dengan keterangan kawalan
§ Keterangan
kawalan (Control description)
Keterangan kawalan merupakan
Keterangan asas sebagai panduan titik-titik kawalan, yang dipanggil sebagai
(control description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan dalam
keterangan kawalan ini adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan
mengenai kedudukan titik kawalan. Ianya berbeza dengan peringkat
antarabangsa, keterangan di peringkat ini tidak ditulis dalam bentuk teks
namun ditulis dalam bentuk kod atau gambar rajah.
§ Landasan
(Course)
Landasan adalah jalan yang akan
ditelusuri atau panduan arah perjalanan dari titik permulaan kawalan ke titik
kawalan yang lain hingga garisan penamat. Landasan ini juga akan dilukis
diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
§ Kompas
(Compass)
Kompas merupakan alat
sangat-sangat membantu dan yang kedua terpenting dalam sukan orienteering. Ia
berfungsi dalam menyelaraskan peta dengan baik, bagi menentukan arah
perjalanan pergi dan arah laluan balik, serta mengira jarak jauh, dan
membantu menentukan tempat anda berada dalam peta.
11.0 PETA
DEFINISI PETA
Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk
mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara. Peta juga merupakan
sumber maklumat bagi kawasan yang berkenaan. Sesebuah peta mengandungi tajuk,
kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi
kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.
11.1 JENIS-JENIS PETA
Terdapat beberapa jenis peta yang
diterbitkan seperti berikut:
i)
Peta topo
ii)
Peta panduan jalanraya
iii)
Peta khusus Atlas
iv)
Peta imejan satelit
v)
Peta orienteering
Rajah 1: Peta topo
Rajah 2: Peta jalan raya
11.2 KANDUNGAN PETA ORIENTEERING
i)
Tajuk peta
ii)
Arah utara
iii)
Skala- samada 1:5000, 1:1000, 1:15000
iv)
Petunjuk peta
v)
Garisan melaras utara-selatan
vi)
Kredit- kerjaukur, kartografi, tarikh
cetakan, penaja dsb.
11.3 WARNA-WARNA DALAM PETA
Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut
standard International Orienteering Federation (IOF). Warna tersebut adalah:
i)
Hitam- Ciri-ciri buatan manusia dan batu
ii)
Perang- Kontor dan jalanraya
iii)
Kuning- Keadaan tumbuhan: Lapang dan
terbuka
iv)
Putih- Keadaan tumbuhan: Berpokok atau
boleh berlari
v)
Hijau- Keadaan tumbuhan: Berjalan atau
redah
vi)
Biru- Kawasan berair
11.4 BENTUK MUKA BUMI
Garisan kontor dalam peta akan
menerangkan maksud paras ketinggian yang samarata bagi keadaan mukabumi
berkenaan. Pemahaman berkenaan kontor amatlah penting bagi memudahkan
pergerakan.
Rajah 3: Bentuk muka bumi
12.0 KOMPAS
Kompas adalah alat pengemudian arah yang
mempunyai jarum magnetik merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam
mil atau darjah. Ia juga merupakan alat bantu dalam sukan orienteering.
Rajah 4: Kompas
12.1 JENIS KOMPAS
i) Terdapat pelbagai jenis kompas dan
jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi. Antaranya adalah:
·
Kompas Tentera
·
Kompas Orienteering
·
Kompas Marin
·
Kompas Kiblat
·
Kompas Digital
ii) Kompas orienteering pula terdapat
dalam berbagai jenama dan bentuk antaranya baseplate compass, thumb compass
dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal.
iii) Dua jenama yang popular adalah
Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden.
Rajah 5: Jenis-jenis kompas
Rajah 6: Jenis-jenis kompas
12.2 KEGUNAAN KOMPAS ORIENTEERING
i) Kompas orienteering boleh digunakan
bagi tujuan-tujuan berikut:
·
Mengukur jarak
·
Menentukan kedudukan
·
Mencari arah
12.3 ANATOMI KOMPAS ORIENTEERING
Rajah 7: Anatomi Kompas Orienteering
13.0 TEKNIK-TEKNIK ASAS ORIENTEERING
Sebelum memulakan sesuatu aktviti
orienteering, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi peringatan
antaranya ialah:
i)
Pastikan sesebuah kompas yang ingin
digunakan berada dalam keadaan yang baik.
ii)
Pastikan diri seseorang itu jauh daripada
sebarang objek besi atau magnet sebelum menggunakan kompas.
iii)
Pastikan kompas diletakkan pada permukaan
yang rata ketika mahu mengambil bacaan bearing.
Dua teknik asas orienteering adalah:
1. Mencari bearing
2. Mencari hala tuju
14.0 DISIPLIN KEPELBAGAIAN SUKAN
ORIENTEERING
14.1 DISIPLIN ORIENTEERING MERENTAS DESA
(Cross-Country Orienteering)
Pada umumnya, apabila disebut orienteering, ia dirujuk kepada
orienteering jenis ini iaitu orienteering merentas desa. Ia juga dikenali
sebagai acara klasik. Di dalam acara ini, peserta adalah dimestikan melawat
kesemua titik-titik kawalan menurut aturan yang telah ditetapkan. Sekiranya
peserta tidak melawat salah satu titik kawalan tersebut. Penyertaannya dikira
batal. Orienteering ini biasanya dijalankan di kawasan rupa bumi yang
pelbagai. Format ini lebih sesuai untuk pertandingan kerana kesemua peserta
umumnya akan menghadapi cabaran yang hampir sama.
14.2 DISIPLIN ORIENTEERING BERMARKAH
(Score Orienteering)
Di dalam acara jenis orienteering bermarkah, banyak titik-titik
kawalan disediakan di mana setiap titik kawalan mempunyai mata yang tertentu
bergantung kepada jarak dan kesukaran teknikal. Peserta adalah bebas untuk
memilih mana-mana titik kawalan untuk dilawati. Walau bagaimanapun masa
adalah dihadkan dan biasanya 60 minit. Peserta yang melebihi dari had masa
yang ditetapkan akan dikenakan penalti dan bentuk penalti bergantung kepada penganjur.
Matlamat acara orienteering bermarkah ini adalah untuk mengumpul mata yang
banyak dengan melawati seberapa banyak kawalan yang boleh di dalam masa yang
dihadkan. Format ini adalah sesuai untuk peserta-peserta baru kerana
penyertaan mereka tidak terbatal jika tidak melawat salah satu titik kawalan.
Walau bagaimanapun, acara ini nampaknya agak mudah tetapi peserta perlu
merancang dan meneliti landasannya sendiri dalam keadaan masa yang terhad.
14.3 DISIPLIN ORIENTEERING BUKIT
(Mountain Orienteering)
Orienteering ini dijalankan dikawasan berbukit-bukit di samping
jarak yang agak jauh. Terdapat juga di mana acara ini dijalankan melebihi
dari satu hari dan di dalam keadaan ini peserta perlu membawa bersama-sama
peralatan bermalam. Format ini memerlukan peserta yang berpengalaman dan
tahap fizikal yang agak tinggi memandangkan landasan acara ini yang mencabar
serta memerlukan navigasi dan daya keyakinan yang mantap.
14.4 DISIPLIN ORIENTEERING BERGANTI-GANTI
(Relay Orienteering)
Acara ini dijalankan dengan penyertaan secara berpasukan sama ada
3 atau 4 orang. Setiap ahli dalam pasukan akan menamatkan landasan beliau
sebelum digantikan oleh rakan sepasukan di satu tempat penggantian yang telah
ditetapkan. Setiap peserta di dalam sesuatu pasukan akan melalui landasan
yang berbeza.
|
Comments
Post a Comment