Posts

PENGENALAN ASAS REKREASI KAYAK DAN SUKAN ORIENTEERING

Image
  1.0               PENGENALAN 1.1               PENDAHULUAN Aktiviti berkayak sebenarnya telah dijalankan seawal peradaban manusia secara meluas. Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa 75% bahagian bumi adalah diseliputi oleh air. Oleh itu, manusia pada zaman dahulu menggunakan jalan air sebagai jalan utama  mereka kerana pada ketika itu tiada lagi pengangkutan udara dan perjalanan menerusi perairan jauh lebih cepat berbanding melalui daratan. Selain itu, penempatan manusia dahulu juga berpusat di pinggiran pantai. Oleh itu, mereka boleh menghasilkan pengangkutan air daripada hasil bumi seperti kayu hutan tropika dengan cara menebuk atau membakar teras kayu. Kenderaan yang dihasilkan dikenali sebagai kanu dugout  dan di Malaysia dikenali sebagai perahu, sampan dan kolek. Manakala di Eropah, hutan mereka diperkaya dengan kayu-kayu yang lembut dan kulit kayu yang kalis air. Mereka membina kerangka kanu daripadanya dan dindingnya pula diperbuat daripada kulit kayu birch. Ia d